Monday, May 26, 2008

Lisan 4 : Etika di perpustakaan

  • Nyatakan beberapa masalah yang biasa dihadapi pengunjung semasa berada di perpustakaan awam.
  • Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihat perpustakaan untuk menyelesaikan masalah yang telah kamu terangkan tadi?
  • Bagaimanakah pihak sekolah boleh mendidik pelajar-pelajar tentang tatatertib di perpustakaan?
  • Pada pendapat kamu, adakah rakyat Singapura bertimbang rasa? Jelaskan.

4 comments:

Anonymous said...

Terutama sekali pada hujung minggu,ramai yang mengunjungi perpustakaan. Tak kira untuk mengulangkaji pelajaran ataupun meminjam buku.Ada pula yang membuat bising dan ini menggangu ketenteraman pengunjung yang lain. Pengunjung yang lain akan mendapati bahawa mereka tidak dapat fokus disebabkan sikap orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri.Kadang-kala saya tertanya apa sebenarnya tujuan mereka yang bersikap demikian datang ke perpustakaan.Mungkin pihak berkuasa perpustakaan tersebut boleh mengambil tindakan terhadap mereka.Mungkin mereka akan diberi amaran dahulu.Jika masih bising, mereka akan dihalau keluar.Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan mendidik dan menjelaskan kepada murid-murid akan cara-cara yang betul bila berada di perpustakaan.Sebenarnya tatatertib kita semasa di perpustakaan adalah jelas iaitu kita tidak boleh membuat bising.Tetapi jika ada yang membuat bising dan tidak menyenangkan pengunjung yang lain,ia memang satu kelakuan yang disengajakan.Pada pendapat saya rakyat Singapura kebanyakkanya bertimbang rasa.Yang berkelakuan sebaliknya hanyalah segelintir. Nawal Faezra 4A1

Anonymous said...

keadaan perpustakaan sangat bising dengan gelak-tawa kanak-kanak, ada isi buku yang terkoyak, ada kanak-kanak yang berlari-lari dalam perpustakaan dan banyak lagi. pihak perpustakaan boleh memberi amaran kepada mereka yang menggangu pengjung yang lain. jika mereka masih lagi berdegil, pihak perpustakaan boleh menghalau mereka dari perpustakaan. pihak sekolah boleh mendidik pelajar-pelajar tentang tatatertib di perpustakaan dengan membawa pelajar-prlajr ke perpustakaan di sekolah dan mengajar mereka tentang tatatertib di perpustakaan. pada pendapat saya, rakyat singapura bertimbang rasa. ia kerana ada yang membantu dengan menyuruh kanak-kanak itu untuk tidak membuat bising. jika kanak-kanak itu adalah anak mereka, mereka akan menyuruh anak mereka untuk jangan membuat bising atau berlari-lari di sekolah.
- fatin 4a2

Anonymous said...

Etika di perpustakaan

-Beberapa masalah yang pengunjung hadapi apabila berada di perpustakaan ialah perpustakaan itu sering bising. Pada pendapat saya, masalah ini telah banyak menyusahkan pengunjung kerana seringkali kami ingin membaca buku, kami tidak boleh berbuat demikian kerana ia terlalu bising. Saya amat bingit sekali kerana kadangkala keadaan di perpustakaan terlalu bising.

-Pada pendapat saya, pekerja di perpustakaan boleh berjalan di perpustakaan tersebut untuk memastikan ia tidak menjadi terlalu bising. Selain itu, sebuah denda boleh juga dikenakan pada pengguna perpustakaan yang terlalu bising.

-Pihak sekolah mengadakan civic dan moral kepada murid-murid untuk mendidik pelajar tentang tata tertib yang harus kita ada.

-Pada pendapat saya, tidak semua rakyat singapura yang tata tertib kerana seringkali saya lihat remaja di singapura yang tidak sopan pada orang tua.

aziela,4a1

Anonymous said...

Beberapa masalah yang biasa dihadapi pengunjung semasa berada di perpustakaan awam adalah,suasana disana amat bising dengan suara kanak-kanak.Buku-bukunya telah dikoyakkan oleh kanak-kanak,remaja-remaja yang datang tanpa tujuan dan banyak lagi.
Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak perpustakaan untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak perpustakaan boleh memberi amaran kepada ibu-bapa kanak-kanak dan remaja-remaja tersebut.
Pihak sekolah boleh mendidik pelajar-pelajar tentang tatatertib di perpustakaan dengan memberi mereka nasihat yang sesuai.Nasihat yang sesuai yanag saya maksudkan adalah nasihat yang boleh menyedarkan seseorang itu dan pada mula hari itu,nasihat yang telah diberikan itu akan menjadi satu nasihat yang amat berkesan pada diri mereka.Pada pendapat saya, rakyat Singapura bertimbang rasa.Saya mengatakan begitu kerana ia telah membantu kita atau sesiapa pun kerana jika rakyat Singapura tidak bertimbang rasa,merekatidaktolong-monolong satu sama lain.
::Katrina 4A1::