- Apakah perkara yang kamu gemar lakukan pada masa lapang?
- Mengapakah mempunyai hobi itu penting?
- Berikan jenis-jenis hobi yang sesuai untuk remaja seperti kamu.
- Setujukah kamu bahawa mempunyai hobi boleh mendatangkan kemudaratan? Mengapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
*Saya gemar membaca buku novel bahasa melayu pada waktu lapang kerana dengan membaca saya dapat memperbesarkan pengetahuan saya dalam bahasa melayu. Seperti jika saya tidak faham atau mengetahui makna satu perkataan saya akan menanya orang sekeliling saya ataupun merujuk ke dalam kamus, dengan ini saya akan mempelajari banyak perkataan dalam satu novel.
*Dengan mempunyai hobi seperti membaca, melukis, menulis dan lain-lain lagi, seseorang itu dapat menghabiskan masa lapangnya dengan baik dan bukannya melepak di tempat yang tidak tentu yang boleh membahayakan ataupun menyusahkan diri kita.
*Jenis-jenis hobi yang saya rasa sesuai untuk remaja seperti saya adalah, membaca buku, menulis karangan naratif, melukis alam sekitaran dan banyak-banyak lagi.
*Saya tidak setuju kerana tidak semua hobi akan membawakan bahaya kepada kita.
Pentingnya mempunyai hobi.
-Pada masa lapang, saya gemar mendengar lagu, membaca buku ataupun majalah, bermain komputer dan juga berjoget.
-Saya rasa mempunyai hobi itu penting kerana setelah kita sibuk belajar, hobi itu boleh menolong kita melepaskan tekanan pelajaran dan juga boleh menolong kita relaks.Selain itu, jika kita mempunyai hobi, kita tidak akan mudah dipengaruhi untuk membuat kerja-kerja tidak berfaedah seperti berlepak di kolong blok, mencuri dan sebagainya.
-Pada pendapat saya, jenis-jenis hobi yang sesuai bagi remaja zaman sekarang ialah hobi seperti bernyanyi, berjoget, bermain pelbagai sukan dan sebagainya. Hobi-hobi ini amat sesuai bagi remaja sekarang yang berfikiran moden.
-Saya tidak setuju bahawa mempunyai hobi itu boleh mendatang kemudaratan kerana kadangkala mempunyai hobi itu adalah perkara yang baik. Jika kita mempunyai hobi, kita tidak akan mudah dipengaruhi untuk melakukan kerja berfaedah. Namun, walaupun hobi itu penting, kita harus tetap serius pada pelajaran kita.
Aziela, 4a1
Perkara yang saya gemar lakukan pada masa lapang ialah saya suka mengabiskan masa saya dengan teman-teman saya.Ini tidak bermakna saya akan bersukar ria sahaja tetapi saya juga kadang kalang akan merancangkan untuk kami semua membuat kerja sekolah dan belajar bersama-sama mungkin di perpustakaan atau di mana-mana sahaja.Selain itu saya akan megabiskan masa saya dengan bermain alat muzik kegemaran saya bersama teman-teman pancaragam sekolah saya.Saya rasa mempunyai hobi penting kerana sekiranya pada masa lapang saya,tidak ada apa-apa yang saya boleh lakukan,saya masih boleh mengunnakan hobi saya untuk mengisi masa lapang saya itu.Sekiranya,saya tidak mempunyai hobi,masa lapang saya akan menjadi bosan.
-hamizah 4a2
Bagi saya,perkara yang saya amat gemar lakukan ialah membaca buku.Selain dari itu,saya selalu juga mereka fesyen.Masa lapang saya bukan seperti ramai budak budak remaja lain seperti menonton televisyen ataupun bermain komputer dengan masa yang lama.
Bagi saya,membaca buku itu amat penting dalam kehidupan kita.Ia boleh meningkatkan ilmu kita.Dengan membaca buku,kami bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tapi juga kami dapat pelajari dengan lebih tentang kehidupan.
Selain dari membaca buku,mereka fesyen ialah hobiku yang palingku gemari.Ia betul betul penting bagiku kerana impianku ialah untuk menjadi seorang pereka fesyen.
Jenis jenis hobi untuk remaja umur saya ialah sesuatu kegiatan yang boleh mendatangkan faedah.
Tetapi saya rasa jika kami ada sesuatu kegiatan yang kami selalu buat,ia akan menjadi satu kebiasaan dan kami tidak boleh hentikan seperti bermain komputer boleh menjadi satu ketagihan.
Perkara yang saya gemar lakukan pada masa lapang ialah membaca majalah yang telah saya membelinya di kedai berdekatan.Saya gemar membaca majalah seperti majalah Manja,majalah perihal tentang remaja,perkahwinan dan lain-lain lagi.Saya gemar membaca majalah seperti itu kerana,pada pendapat saya,sekiranya kita membaca apa-apa pun,kita boleh menambahkan ilmu pelajaran.Oleh itu,kita boleh mendapat ilmu yang lebih daripada kita tahu.
Mempunyai hobi itu sangat penting bagi saya kerana,jika seseorang itu tidak mempunyai hobi untuk dirinya,itu boleh dikatakan bahawa kita ini telah membuang masa kita yang sangat berharga.Hobi itu adalah masa lapang kita.Bila-bila masa sahaja kita boleh membuat hobi kita.
Jenis-jenis hobi yang sesuai untuk remaja seperti kita ialah,hobi yang mudah dan seronok.Hobi yang saya maksudkan ialah seperti bermain bola sepak,membeli belah dengan rakan,beramai-ramai pergi berkhelah pada setiap hujung minggu.
Tidak,saya tidak setuju bahawa mempunyai hobi boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia tidak susah mempunyai satu hobi yang sesuai dengan kita.Pada pendapat saya,mempunyai hobi ini adalah amat mudah dan ini semua punca dari diri sendiri.Jika seseorang itu mahu dengan sungguh-sungguh,walaupun susah bagaimana pun seseorang itu tetap akan menempuh semua kesusahannya.
::Katrina 4A1::
Perkara yang saya suka lakukan pada masa lapang ialah bermain bola sepak bersama kawan-kawan,berbasikal di taman dan macam-macam lagi.
Mempunyai hobi ialah penting kerana ia mengisikan masa lapang kita.Mengada hobi juga boleh menghilangkan rasa bosan.
Hobi-hobi yang sesuai untuk remaja ialah seperti bermain bola sepak,bermain sepak takraw,berbasikal dan macam-macam lagi.
Mengadakan hobi mungkin membawakan kemudaratan kerana jikan kita bermain sukan terlalu kasar,kita mungkin akan cedera.
haziq
saya gemar membaca buku dan bermain computer pada masa lapang. mempunyai hobi itu penting kerana kita tidak melakukan perkara yang kurang elok seperti mengambil dadah, bercampur dengan budak-budak yang kurang baik dan mencuri.hobi yang sesuai untuk remaja adalah bermain basikal dengan kawan, berjalan-jalan dengan kawan, membaca buku dan bermain computer. saya tidak setuju bahawa mempunyai hobi boleh mendatangkan kemudaratan kerana hobi yang dilakukan di masa lapang. hobi juga boleh menjauhkan diri kita daripada benda yang kurang elok seperti mengambil dadah dan memncuri. fatin 4a2
Post a Comment