- Ceritakan pengalaman kamu melawat tempat bersejarah di Singapura.
- Apakah yang menarik tentang tempat bersejarah itu?
- Mengapakah tempat bersejarah kurang mendapat perhatian pengunjung?
- Pada pendapat kamu, bagaimanakah orang ramai boleh digalakkan untuk melawat tempat bersejarah?
Monday, May 26, 2008
Lisan 8 : Tempat-tempat bersejarah di Singapura
Lisan 7 : Kerja Amal
- Pernahkah kamu terlibat dalam kerja amal? Jelaskan.
- Apakah perasaan kamu apabila disuruh membuat kerja amal? Mengapa?
- Mengapakah kita perlu mempunyai sikap saling membantu?
- Nyatakan cara-cara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Lisan 6 : Tempat tinggal kamu
- Gambarkan keadaan di sekitar tempat tinggal kamu.
- Apakah ciri-ciri yang mengindahkah keadaan di sekitar tempat tinggal kamu?
- Bagaimanakah keadaan di sekitar tempat tinggal kamu dapat diperindah?
- Apakah yang boleh menjejaskan keindahan di sekitar tempat tinggal kamu?
Lisan 5 : Pengguna pengangkutan awam
- Apakah jenis pengangkutan awam yang menjadi pilihan kamu? Mengapa?
- Ceritakan pengalaman kamu berhadapan dengan pengguna pengangkutan awam yang pelbagai kerenah.
- Bagaimanakah sikap bersopan santun dapat dipupuk dalam diri pengguna pengangkutan awam?
- Pada pendapat kamu, selain di dalam pengangkutan awam, di manakah lagi kita dapat mempamerkan sikap bersopan santun? Berikan contoh.
Lisan 4 : Etika di perpustakaan
- Nyatakan beberapa masalah yang biasa dihadapi pengunjung semasa berada di perpustakaan awam.
- Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihat perpustakaan untuk menyelesaikan masalah yang telah kamu terangkan tadi?
- Bagaimanakah pihak sekolah boleh mendidik pelajar-pelajar tentang tatatertib di perpustakaan?
- Pada pendapat kamu, adakah rakyat Singapura bertimbang rasa? Jelaskan.
Lisan 3 : Menjaga alam sekitar
- Mengapakah kita harus menjaga alam sekitar?
- Sebagai seorang pelajar, apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu menjaga alam sekitar di kawasan sekolah kamu?
- Bagaimanakah kamu boleh berkongsi mesej tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan keluarga amu?
- Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku kepada bumi ini jika tidak menjaga alam sekitar?
Lisan 2 : Semangat cinta kepada negara
- Ceritakan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di sekolah kamu.
- Terangkan perasaan kamu ketika menyambut Hari Kebangsaan.
- Sebagai seorang pelajar, apakah yang boleh kamu lakukan untuk menyumbang kepada negara?
- Pada pendapat kamu, patutkan rakyat Singapura meninggalkan Singapura untuk tinggal di negara lain? Mengapa?
Lisan 1 : Pentingnya mempunyai hobi
- Apakah perkara yang kamu gemar lakukan pada masa lapang?
- Mengapakah mempunyai hobi itu penting?
- Berikan jenis-jenis hobi yang sesuai untuk remaja seperti kamu.
- Setujukah kamu bahawa mempunyai hobi boleh mendatangkan kemudaratan? Mengapa?
Selamat Bercuti....
Para pelajar yang dikasihi...
Saya berharap agar kalian semua memanfaatkan masa cuti sekolah kamu dengan baik. Di blog ini, cikgu akan senaraikan sebanyak 8 topik lisan. Kamu dikehendaki untuk memilih sebanyak 1 topik lisan setiap minggu dan berikan komen-komen kamu. Pada akhir cuti sekolah ini, kamu telah pun menyelesaikan 4 topik lisan.
Cikgu juga akan muat naik teks bacaan untuk kamu baca pada minggu 2 cuti sekolah nanti. Kamu dikehendaki untuk membaca teks tersebut dan merakamkannya di dalam telefon bimbit kamu. Namakan rakaman kamu itu sebagai Teks#__(Nama Kamu). Setelah itu, kamu dikehendaki untuk menghantar rakaman kamu ke sunitasaid@gmail.com
Ingat peperiksaan lisan kamu akan bermula pada penggal 3 nanti.
Selamat Bercuti.

Subscribe to:
Posts (Atom)